Logan Filem Terakhir Hugh Jackman Sebagai Wolverine

0
603
views

image

Hugh Jackman harini mengumumkan tajuk terbaru filem ketiga siri Wolverine sebagai "Logan" dan akan ditayangkan pada 3 March 2017. Sebelum ini filem tersebut tidak mempunyai tajuk dan hanya dikenali sebagai Wolverine 3.

Apa yang menariknya tentang filem ini, Ia merupakan filem terakhir Hugh Jackman sebagai Wolverine dan dia akan bersara dari membawa watak paling berpengaruh sekali dalam siri trilogi X-Men. Keputusan beliau ini telah diumumkan sebelum pengambaran filem Logan dan sebab dia bersara tidak diketahui cuma Hugh menegaskan yang beliau akan bersara dari membawa watak tersebut setelah hampir 17 tahun mendukung watak mutant yang berkuasa itu.

View this post on Instagram

LOGAN

A post shared by Hugh Jackman (@thehughjackman) on

Hugh Jackman mula membawa karakter Wolverine atau Logan dalam filem X-Men pada tahun 2000 dan sejak daripada itu beliau mula dikenali setelah filem X-Men menempa kejayaan dan beliau lebih dikenali dalam membawa watak Wolverine berbanding watak-watak dalam filem lain.

Hugh telah berlakon 8 siri filem X-Men termasuk 2 filem yang hanya menampilkan dirinya sebagai watak Cameo sahaja iaitu filem X-Men: First Class dan X-Men: Apocalypse. Kebanyakkan filem siri X-Men menampilkan Wolverine sebagai watak utama.

Buat masa ini tidak diketahui samada watak Wolverine akan dimatikan atau akan digantikan dengan pelakon lain. Keputusan Hugh untuk tidak lagi membawa karakter Wolverine pasti memberi kesan mendalam terhadap peminat filem X-Men dan juga perjalanan cerita memandangkan Hugh dan Wolverine seolah-olah sebati dalam siri filem tersebut.

image

Filem Logan ini berdasarkan komik bersiri Wolverine: Old Man Logan yang diterbitkan pada tahun 2008 sehingga 2009. Komik tersebut ditulis oleh Mark Millar dan menjadi antara komik Marvel yang paling popular.

Antara aktor yang turut bersama dalam filem ini ialah Patrick Stewart yang membawakan watak Profesor X, Boyd Holbrook, Richard E. Grant, Stephen Merchant, Eriq La Salle dan Elise Neal.

Jalan cerita buat masa ini tidak diketahui dan trailer untuk filem ini masih belum diterbitkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here