Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Logan: Antara Komik Dan Filem

logan-hugh-jackman-movie-vs-comic-old-man-logan

LOGAN: KOMIK VS FILEM

Mesti ramai yang dah tengok trailer filem last Hugh Jackman, Logan bukan? Amacam menarik tak filem tu? Ok kitorangĀ nak cerita sikit pasal filem Logan ini. Bukan cerita pasal plot ataupun spoiler-spoiler yang ada dalam filem tersebut, cuma cerita mengenai perbezaan ketara antara komik dan filem tersebut.

Filem Logan sebenarnya diambil dari komik Old Man Logan keluaran Marvel dan komik tersebut merupakan alternate universe dari storyline komik-komik Marvel yang asal. Alternate universe ni bermaksud komik yang dihasilkan tidak mengikut timeline siri komik yang dihasilkan.

Jadi dalam komik Old Man Logan (yang diambil untuk dijadikan filem Logan), banyak superhero telah mati dan hanya tinggal sedikit sahaja superhero yang hidup dan salah seorangnya adalah Logan.

Jika dibandingkan antara komik Old Man Logan dan filem Logan, terlampau banyak perbezaan yang ketara dari segi karakterĀ danĀ perjalanan cerita. Hampir 70% terpaksa diolah kerana beberapa isu.

logan-claw-punch

Antara perbezaan-perbezaan yang ketara:

Antagonis

Dalam komik, Logan sebenarnya menentang kuncu2 Red-Skull, Kingpin dan keturunan Hulk (Hulk Clan – Bruce Banner telah menjadi supervillian) secara bersendirian,Ā tapi dalam Filem, Logan menentang Essex Corp. Organisasi yang bertanggungjawab memusnahkan X-Men dan juga cyborg-cyborg yang digunakan untuk memburu golongan Mutant.

Storyline

Ok, yang ni juga antara perbezaan ketara antara komik dan filem. Komik Old Man LoganĀ menceritakan pengembaraan Logan bersama Hawkeye ke sebuah kota bagi mencari wang untuk membayar hutang kepada Hulk dan menyelamatkan keluarganya dari dibunuh kuncu-kuncu Hulk.

Dalam perjalanan ke kota tersebut, dia telah bertembung dengan beberapa penjahat dan membunuh mereka.

Tapi dalam filem, Logan bersama-sama Profesor X cuba menyelamatkanĀ Laura Kinney dari dibunuh oleh askar-askar dari Essex Corp.

logan-girl

Kanak-kanak Ā Dalam Old Man Logan vs Logan

Old Man Logan ada menunjukkan Logan bersama-sama seorang kanak-kanak telah membentuk pasukan superhero baru untuk menentang penjahat. Kanak-kanak tersebut adalah cucu kepada Bruce Banner iaitu Bruce Banner jr.

Tapi didalam filem, budak tersebut adalahĀ Laura Kinney. Ia dikatakanĀ klon kepada Logan iaitu X-23, yang memiliki kuasa mutant yang sama seperti Logan semasa muda.

Sidekick

Menurut storyline komik, Logan sebenarnya mempunyai Sidekick iaitu Hawkeye, tapi apabila melihat trailer, kelihatan seperti Profesor X adalah sidekick Logan dalam menentang pejahat. Ini kerana, dalam trailer Logan yang ditunjukkan baru-baru ini, Profesor X kelihatan pergi kemana-mana sahaja bersama Logan.

logan-professor-x-wolverine-patrick-stewart-hugh-jackman

Kenapa Filem Logan kelihatan berbeza dengan Komik? Kata filem berdasarkan siri komik? Sebenarnya, banyak filem-filem Marvel tidak menepati atleast 80% dari komik asal.

Bagi die hard fan Marvel, mereka memang kecewa sebab diorang harapkan storyline filem sama seperti dalam komik, tapi pihak produksi lebih suka untuk mengolah dari komik asal untuk membuatkan filem lebih kelihatan lebih menarik dan ingin memberi kejutan kepada penonton, tambahan pula terdapat beberapa isu yang menyebabkan storyline filem terpaksa diolah secara total.

Dalam filem Logan misalnya, Red Skull, Hulk, Hawkeyes adalah karakter yang muncul dalam filem-filem Marvel seperti Avengers, dan antara antagonis utama dalam komik Old Man Logan adalah Red Skull dan Hulk, jadi adalah mustahil untuk membawa karakter-karakter tersebut ke dalam filem ini disebabkan isu hakcipta antara Marvel dan 20th Century Fox.

old-man-logan-140564

Ini menyebab produksi terpaksa mengubah cerita secara total dan menggantikan karakter-karakter tersebut dengan karakter yang dimiliki oleh 20th Century Fox.

Selain itu juga, Storyline dalam komik agak bercelaru kerana ia melibatkan banyak kisah silam Logan seperti kisah Logan yang dipukau oleh Mysterio dan seterusnya membunuh Mutant yang merupakan rakan-rakannya dalam X-Mansion.

Jadi untuk memudahkan storyline filem, pihak produksi mengubah perjalanan cerita kepada yang lebih mudah dan tidak terlampau complicated.

Tapi filem tersebut masih mengekalkan beberapa aspek utama yang ada komik Old Man Logan antaranyaĀ suasana zaman tersebut iaitu selepas kejatuhan superhero dan penjahat menguasai benua Amerika, Logan menentang penjahat bagi melindungi keluarganya, dan kisah peribadi Logan.

Kenapa Hugh Jackman pilih Old Man Logan sedangkan jalan ceritanya terpaksa diolah banyak?

old-man-logan

Simple, Hugh memilih Old Man Logan sebagai simbolik untuk menamatkan karakter Wolverine yang dibawa olehnya selama 12 tahun. Old Man Logan boleh dikatakan antara komik Wolverine yang sedih, Logan kehilangan keluarga dan sahabatnya selepas kejatuhan Superhero.

Lagipun Hugh memilih Old Man Logan bagi mengambarkan dirinya sudah berumur dan sesuai dengan karakter Logan dalam komik Old Man Logan yang menunjukan Logan sudah dimamah usia.

Hugh boleh pilih untuk bawa karakter Death of Wolverine, tapi takut korang menangis pula.

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment