Berita

Live-Action Little Mermaid Telah Menjumpai Pelakon Untuk Watak Prince Eric

Views

Pelakon Little Woman, Jonah Hauer-King disahkan akan membawa watak Price Eric dalam filem live action terbaru Disney berjudul The Little Mermaid. Watak tersebut sebelum ini ditawarkan kepada pelakon Harry Styles, namun bekas ahli kumpulan One Direction itu telah menolak tawaran tersebut.

King akan menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Halle Bailey sebagai watak utama Ariel, Jacob Tremblay sebagai Flounder, Awkwafina sebagai Scuttle, Daveed Diggs sebagai Sebastian dan Melissa McCarthy yang bakal memainkan watak penjahat filem The Little Mermaid, iaitu Ursula.

The Little Mermaid diarahkan pengarah filem Mary Poppins Returns, Rob Marshall berdasarkan skrip yang ditulis David Magee (Life of Pi, Mary Poppins Returns). Disney juga telah mengambil penulis lagu Lin-Manuel Miranda dan Alan Menken untuk mengabungkan musikal versi lamadan baru dalam filem filem ‘remake’ itu nanti. Kedua-dua penulis lagu itu pernah bergabung dalam filem Mary Poppins Returns. 

Filem animasi The Little Mermaid pernah ditayangkan pada tahun 1989 dan berjaya mengutip lebih $22 juta dolar seluruh dunia dan banyak terjual dalam versi ‘home video’. Animasi tersebut berdasarkan kisah dongeng dari Denmark tulisan Hans Christian Andersen yang menceritakan puteri ikan duyung bernama Ariel yang sanggup meninggalkan dunianya dilaut untuk menjadi manusia.

BACA:  HBO ASIA Proudly present New Original Anthology Drama Series, "Food Lore", To Premier This November Exclusively On HBO Go & HBO (Astro Ch 411 and 431 HD)

Setakat ini, tarikh tayangan The Little Mermaid masih belum diumumkan pihak studio.

Sumber: Variety

Tinggalkan Balasan

shares