Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Liv Tyler Bakal Kembali Dalam Rancangan TV “She-Hulk”?

Marvel Studios dan Disney+ dilaporkan telah mula mencari pelakon untuk memainkan watak utama dalam rancangan tv She-Hulk. Bagaimanapun, ada berita lebih menarik yang disampaikan laman web Full Circle Cinema.

Menurut laporan dari laman tersebut, berkemungkinan besar watak Betty Ross lakonan Liv Tyler bakal kembali ke MCU.

Tyler dikhabarkan sedang dalam rundingan untuk membawa kembali wataknya dalam rancangan Disney+ She Hulk. Kali terakhir aktres tersebut muncul dalam MCU menerusi filem The Incredible Hulk (2008) disamping aktor Edward Norton yang memainkan peranan sebagai Bruce Banner. Sejak daripada itu, dia tidak lagi bersama MCU.

Selain Tyler, seorang lagi pelakon filem The Incredible Hulk dilaporkan bakal terlibat dalam rancangan tv She-Hulk. Pelakon yang dimaksudkan adalah William Hurt yang akan meneruskan wataknya sebagai Setiausaha Thaddeus “Thunderbolt” Ross.

Diharapkan penglibatan Hurt dalam siri ini, peminat dapat melihat perubahan “Thunderbolt” Ross kepada Red-Hulk.

Sementara itu, pelakon yang akan memainkan peranan sebagai Jennifer Walters / She-Hulk masih lagi tidak diketahui. Marvel dilaporkan sedang mencari pelakon berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun untuk memainkan peranan tersebut.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment