Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’


Selepas hampir 15 tahun membuat debut dalam Marvel Cinematic Universe, Liv Tyler akan kembali meneruskan peranannya dalam filem akan datang, Captain America: New World Order. 

Laman hiburan THR melaporkan bahawa Tyler akan meneruskan peranannya sebagai Betty Ross dalam sekuel Captain America itu. 

Kali terakhir aktres itu muncul dalam MCU adalah menerusi filem tahun 2008, The Incredible Hulk dimana dia membintangi filem tersebut disamping Edward Norton. Watak Betty muncul dalam siri animasi Disney+ Marvel’s What If…? dalam dunia alternatif untuk karakter itu, dan ianya disuarakan oleh Stephanie Panisello. 

Betty Ross adalah seorang saintis dan anak perempuan kepada Thaddeus ‘Thunderbolt’ Ross, yang akan dilakonkan oleh Harrison Ford dalam filem Captain America: New World Order, menggantikan tempat William Hurt yang telah meninggal dunia pada Mac tahun lalu. 

Selain Tyler, pelakon dari filem The Incredible Hulk yang akan kembali ke MCU adalah Tim Blake Nelson, yang meneruskan peranannya sebagai penjahat Samuel Sterns/Leader, yang kali terakhir dilihat dalam filem tahun 2008 itu. 


Captain America: New World Order akan diarahkan oleh Julius Onah berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh ketua penulis The Falcon and the Winter Soldier, Malcolm Spellman dan Dalan Musson. 

Anthony Mackie akan meneruskan peranannya sebagai Sam Wilson, yang kini secara rasmi mengambil-alih mantel Captain America yang baharu. Mackie akan disertai rakan pelakonnya dari siri Disney+ itu seperti Danny Ramirez dan Carl Lumbly, yang sekali lagi meneruskan peranan sebagai Jaoquin Torres dan Isaiah Bradley. 

Filem akan datang juga akan menampilkan wata superheroin Israel yang dikenali sebagai Sabra, ejed Mossad yang juga merupakan mutan. Watak itu akan dilakonkan oleh pelakon Israel, Shira Haas. 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee