Slot Tempatan

Lisdawati Minta Peminat Tidak Siarkan Gambar Lamanya

Views

Semua manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, begitu juga pelakon Lisdawati.

Ketika bercakap kepada akhbar Harian Metro baru-baru ini, pelakon Camelia itu berdoa setiap hari supaya cerita lama mengenai dirinya iaitu sebelum berhijrah dan bertudung tidak lagi disiarkan. Malah dia juga sudah membuang dan membakar gambar-gambar lama.

“Banyak gambar lama yang saya sudah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yang terselit.

“Teringat pada beberapa peminat yang paparkan gambar lama saya. Saya mohon maaf sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama. Kalau nak simpan pun, jom kita jaga sama-sama kita. Conteng sikit mana yang perlu,” katanya.

Menurut Lisda lagi, dia selagi boleh mahu memadam semua gambar dan video yang memaparkan dirinya tidak bertudung.

“Kalau mampu nak saja saya padam semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Setiap berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan,” katanya.

Lisda memuat naik gambar bersama beberapa artis wanita ketika menjayakan sesi fotografi sebuah majalah hiburan satu ketika dulu.

“Semoga Allah SWT terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya,” katanya.

BACA:  Aktiviti Penggambaran Masih Lagi Tidak Dibenarkan Buat Masa Ini.

Pada keratan itu, Lisda menconteng bahagian kepala di mana ketika itu dia belum bertudung. Lisda mula mengenakan tudung pada 2013.

Sumber: Harian Metro

Tinggalkan Balasan

shares