Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Telefilem Aksi Komedi “Geng

Pelakon Lisa Surihani dilaporkan bakal muncul dalam telefilem terbaru arahan Umi Salwana Omar berjudul Geng tidak lama lagi.

Lisa akan memainkan peranan sebagai Mariam iaitu seorang suri rumah berpelajaran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektronik yang ingin mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.

Geng akan mengisahkan tentang Isabella (Sherry Alhadad), seorang bekas banduan yang ingin meninggalkan dunia jenayah tetapi ‘Geng Naga Kilat’, yang diketuai oleh bekas teman lelakinya, Alex (Hisyam Hamid), memaksanya untuk membuat penghantaran dadah buat kali terakhir.

Isabella enggan berbuat demikian menyebabkan ibunya diculik. Demi mendapatkan ibunya semula dan menumpaskan operasi geng itu, dia mendapatkan bantuan dari dua rakan baiknya iaitu Anita (Nadiya Nisaa) dan Mariam.

Turut membintangi telefilem ini adalah Alif Satar yang akan memainkan watak sebagai suami Mariam, dan Fatimah Abu Bakar. Telefilem Geng akan mula ditayangkan disaluran Astro First Eksklusif mulai 18 Julai ini.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Leave a Comment