Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lionsgate Umum Sekuel DIRTY DANCING

Lionsgate bakal menghasilkan filem sekuel Dirty Dancing 2 dengan Jennifer Gray disahkan kembali membawa peranan sebagai Baby.  Ketua Pegawai Eksekutif Lionsgate, Jon Feltheimer membuat pengumuman tersebut, bersama dengan berita mengenai perancangan John Wick 5.

“It will be exactly the kind of romantic, nostalgic movie that the franchise’s fans have been waiting for and that have made it the biggest-selling library title in the Company’s history.” – Jon Feltheimer


Beberapa minggu lalu, terdapat khabar angin mengenai sekuel Dirty Dancing selepas Jennifer Gray dilaporkan menandatangani kontrak untuk membintangi sebuah filem tarian misteri serta menjadi penerbit eksekutif.

Jonathan Levine, pengarah berbakat di sebalik filem 50/50 dan Long Shot, akan membangunkan projek ini bersama-sama penulis Five Feet Apart dan The Curse of La LLorona, Gillian Bohrer. Mikki Daughtry dan Tobias Iaconis, yang akan bertindak sebagai penulis lakonlayar Dirty Dancing 2. 

Filem asal Dirty Dancing mencapai kejayaan besar ketika ditayangkan dipawagam pada 1987, apabila berjaya meraih lebih $200 juta dolar seluruh dunia berbanding kos pembikinan sekitar $5 juta dolar. Selain itu juga, filem romantik ini menjadi filem pertama yang berjaya menjual lebih 1 juta salinan video.

Butiran lanjut dan tarikh tayangan akan diumumkan tidak lama lagi.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment