Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lionsgate Umum Filem Kelima JOHN WICK


Dengan hanya tiga filem, francais John Wick segera menjadi francais popular dan paling sukses buat studio Lionsgate, dan mereka kini diihat ingin meneruskan kejayaan dengan mengumumkan filem John Wick 5. 

Ketika membentangkan laporan kewangan, CEO Lionsgate, John Feltheimer mengesahkan tarikh tayangan filem keempat John Wick dan turut mengesahkan bahawa filem kelima kini sedang dirancang. Pihak studio juga berharap, produksi John Wick 5 dapat dimulakan sebaik sahaja penggambaran John Wick 4 selesai.

We’re also busy preparing scripts for the next two installments of our John Wick action franchise, with John Wick 4 slated to hit theatres Memorial Day weekend 2022,”

We hope to shoot both John Wick 4 & back to back when Keanu becomes available early next year.

Siri yang dipimpin Keanu Reeves ini telah menjadi hit buat Lionsgate setakat ini, dan telah meraih hampir $ 600 juta dolar di pentas box office global serta menerima ulasan positif dari pengkritik dan penonton.


Kejayaan John Wick bukan sahaja menghasilkan beberapa sekuel, tetapi turut mewujudkan filem spin-off Ballerina yang kini sedang ditulis Shay Hatten dan Len Wiseman, serta siri televisyen The Cotinental yang dijangka akan ditayangkan sebaik sahaja pelancaran filem keempat.

John Wick 4 akan bermula selepas Keanu Reeves selesai menjalani penggambaran The Matrix 4.


Related posts

Lionsgate Yakin Filem MICHAEL JACKSON Akan Menjadi Hit Terbesar Studios Itu

Kakimuvee

BALLERINA: Pengarah Kongsikan Kemaskini Spin-Off John Wick Lakonan Ana de Armas

Kakimuvee

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Poster Expend4ables Menampilkan Barisan Pelakon Baru & Lama

Kakimuvee

Ice Cube Sertai Dave Bautista Dalam Filem Aksi Komedi ‘The Killer’s Game’

Kakimuvee

[TRAILER] Lizzy Caplan & Antony Starr Bintangi Filem Seram ‘Cobweb’

Kakimuvee