Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Lionsgate Lancar Trailer Penuh Aksi “John Wick: Chapter 4”


Lionsgate telah mendedahkan trailer penuh John Wick: Chapter 4 untuk filem aksi yang akan datang. Sekuel yang diterajui Keanu Reeves ini akan menemui peminat pada 24 Mac 2023. 

“John Wick (Keanu Reeves) menemui jalan untuk menjatuhkan The High Table,” menurut sinopsis.

“Tetapi sebelum dia boleh mendapatkan kebebasannya, Wick mesti berhadapan dengan musuh baharu dengan pakatan kuat di seluruh dunia dan kuasa yang menjadikan kawan lama menjadi musuh.”

Anda boleh tonton trailer John Wick: Chapter 4 dibawah:

John Wick: Chapter 4 diumumkan buat pertama kali selepas hujung minggu pembukaan John Wick: Chapter 3 – Parabellum yang memecahkan rekod dengan mencatatkan kutipan lebih AS$300 juta di seluruh dunia. Ansuran keempat akan menampilkan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuh upahan, yang kali terakhir dilihat mengalami pelbagai kecederaan selepas terjatuh dari puncak Hotel Continental.


Menyertai Reeves adalah veteran francais Lance Reddick, dan Ian McShane serta pendatang baru, bintang popstar Jepun-British Rina Sawayama untuk debut lakonannya, Shamier Anderson, Bill Skarsgard, Clancy Brown, Hiroyuki Sanada dan Donnie Yen, yang dilaporkan akan membawa watak rakan lama John Wick. 

John Wick: Chapter 4 diarahkan oleh Chad Stahelski dari lakon layar yang ditulis bersama oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih daripada pencipta francais Derek Kolstad. Ia diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee, dan Stahelski dengan Reeves dan Louise Rosner sebagai penerbit eksekutif.


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee