Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Linda Hamilton ‘Bahagia’ Untuk Tidak Kembali Membintangi Filem TERMINATOR

Terminator: Dark Fate boleh dikatakan sangat menarik, tetapi sayang tidak mendapat tempat dihati para peminat yang sudah ‘letih’ dengan francais Terminator. Dengan kutipan kasar hanya $261 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan sebanyak $200, sudah pasti, ia merencatkan sebarang perancangan untuk menghasilkan sekuel.

Bukan itu sahaja, salah seorang pelakon utamanya turut mengucapkan selamat tinggal pada francais Terminator; Linda Hamilton, yang kembali sebagai Sarah Connor, nampaknya tidak berminat untuk meneruskan watak ikoniknya itu dimasa akan datang.

Ketika bercakap kepada The Hollywood Reporter, baru-baru ini, pelakon berusia 63 tahun itu menjelaskan bahawa dia ‘bahagia’ untuk tidak meneruskan wataknya dimasa akan datang.

“I would really appreciate maybe a smaller version where so many millions are not at stake. Today’s audience is just so unpredictable. I can’t tell you how many laymen just go, ‘Well, people don’t go to the movies anymore.’ That’s not Hollywood analysis; that just comes out of almost everybody’s mouth. It should definitely not be such a high-risk financial venture, but I would be quite happy to never return. So, no, I am not hopeful because I would really love to be done. But, if there were something new that really spoke to me, I am a logical person, and I will always consider viable changes.”

Terminator: Dark Fate telah menerima respon yang positif dari para pengkritik dan penonton. Berdasarkan rating dari laman Rottentomatoes, Dark Fate mendapat peratusan rating sebanyak 70% dari pengkritik dan 82% dari peminat. Namun, peminat sudah letih dengan francais Terminator, dan telah menjadi salah satu faktor kenapa filem arahan Tim Miller ini gagal menunjukkan prestasi yang baik dipentas box office.

Kepada para peminat, apa pendapat anda terhadap filem Terminator: Dark Fate, bagus atau tidak? kongsikan pendapat anda.

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Pengarah Andy Serkis Yakin, Venom Akan Bertemu Spider-Man Satu Hari Nanti

Kakimuvee

Siri Live-Action “She-Ra” Kini Sedang Dalam Pembangunan Awal Di Amazon

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment