Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lihat Poster Menarik Pacific Rim: Uprising Versi Jepun

Kurang lagi seminggu tayangan filem kedua Pacific Rim akan dilancarkan, bagi merancakkan tayangan filem tersebut, Lagendary telah mendedahkan poster Pacific Rim: Uprising versi Jepun yang sangat menarik, anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Pacific Rim: Uprising dibintangi oleh John Boyega, Scott Eastwood, Jing Tian, Cailee Spaeny, Rinko Kikuchi, Burn Gorman, Adria Arjona dan Charlie Day. Pacific Rim: Uprising akan berlatarbelakangkan 10 tahun selepas pertempuran terakhir diantara Kaiju dan Jaeger di The Breach.

John Boyega akan membawakan watak Jake Pentecost, anak kepada Stacker Pentecost (lakonan Idris Elba – dalam filem Pacific Rim 1) yang telah meninggalkan latihannya sebagai juruterbang Jaeger. Jake telah ditangkap kerana terlibat dengan jenayah. Bagaimanapun, bandar-bandar di pelusuk Bumi telah diancam kemunculan kembali raksasa “Kaiju”. Kakak angkat beliau, Mako Mori (Lakonan Kikuchi) telah memberi peluang terakhir kepada beliau untuk meneruskan legasi ayahnya. Mako Mori telah mengetuai sekumpulan pilot Jaeger generasi baru yang bersatu untuk menghapuskan Kaiju.

Jake akan bekerjasama dengan musuhnya, Lambert (lakonan Scott Eastwood) yang merupakan juruterbang berbakat serta Jaeger Hacker, Amara (lakonan Cailee Spaeny) yang baru berusia 15 tahun. Mereka bergabung tenaga dalam pengembaraan yang penuh mencabar bagi menghentikan ancaman Kaiju.

Pacific Rim: Uprising akan ditayangkan pada 23 Mac 2018

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment