Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lihat Poster Karakter & Video Featurette “Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings”

Marvel Studios telah melancarkan poster karakter terbaru dan video featurette untuk filem MCU yang sangat dinantikan, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, lakonan Simu Liu sebagai watak utama Shang-Chi.

Poster-poster terbaru itu menyoroti pelakon-pelakon utama termasuklah Awkwafina, Tony Leung, Meng’er Zhang, dan Michelle Yeoh, yang terus mengetengahkan watak ‘badass’ mereka. Untuk video belakang tabir, ia menampilkan Liu, Awkwafina dan Meng’er Zhang, yang membincangkan tentang karakter mereka dan mengoda gandingan hebat antara mereka bertiga. 

Anda boleh lihat poster terbaru dan video featurette Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibawah.

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibintangi pelakon Simu Liu sebagai watak utama Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui). Michelle Yeoh dan petinju profesional, Florian Munteanu dilaporkan menyertai barisan pelakon.

Destin Daniel Cretton bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini menceritakan tentang Shang-Chi yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings. 

Shang-Chi, juga dikenal sebagai The Master of Kung Fu, pertama kali diperkenalkan di halaman Special Marvel Edition # 15 pada tahun 1973 setelah mereka gagal memperoleh hak untuk siri TV Kung Fu yang terkenal ketika itu, yang dibintangi oleh David Carradine. Sebagai pakar pertempuran, Shang-Chi akhirnya memperoleh kemampuan untuk membuat sejumlah replika dirinya.

Setelah Special Marvel Edition mengubah namanya menjadi The Hands of Shang-Chi: Master of Kung Fu, watak itu terus muncul dalam terbitan Marvel Team-Up dan Marvel Two-in-One. Dia juga pernah menjadi anggota The Avengers and Heroes for Hire, yang terakhir bersama rakan-rakan tuan kung fu, Daughter of the Dragon.

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment