Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Lihat Kehidupan Melalui Mata Taskmaster Dalam TV Spot Terbaru “Black Widow”

2021 telah menjadi tahun yang cukup baik buat peminat Marvel Cinematic Universe dengan debut tiga rancangan TV Disney+, serta tiga filem terbaru termasuklah Black Widow. Bagi peminat di Malaysia, kita mungkin terpaksa menunggu sedikit lama sebelum dapat merasai pengalaman sinematik Black Widow.

Apapun, sementara menantikan pawagam di buka kembali, mari kita lihat TV Spot terbaru Black Widow dibawah. 

Dalam video dibawah, peminat dapat melihat sekilas helmet Taskmaster – bukan untuk mengetahui identiti penjahat, tetapi untuk mendapatkan idea tentang apa yang boleh dilihatnya, terutamanya ketika dia mempelajari langkah dan kemahiran lawannya semasa sedang bertempur. Tidak perlu dikatakan, Natasha Romanoff akan menyelesaikan tugasannya, dan ini mungkin merupakan salah satu pertempuran yang paling sukar yang pernah dihadapinya. 

Natasha Romanoff aka Black Widow berhadapan dengan sisi gelap kehidupannya ketika timbul konspirasi berbahaya yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Dikejar oleh kekuatan yang tidak akan berhenti untuk menjatuhkannya, Natasha mesti menangani sejarahnya sebagai perisik dan hubungan yang terputus sebelum dia menjadi Avenger.

Scarlett Johansson meneruskan peranannya sebagai Natasha Romanoff/Black Widow, bersama pendatang baru MCU Florence Pugh sebagai Yelena, David Harbour sebagai Alexei/The Red Guardian dan Rachel Weisz sebagai Melina. Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan diterbitkan Kevin Feige.

Filem pertama dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe ini akan ditayangkan secara serentak di pawagam dan Disney+ mulai 9 Julai 2021.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment