Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Lihat Gambar-Gambar Menarik Filem KL Special Force


Sumber gambar: Rojakdaily.com

Bagi yang tidak tahu, Skop Production kini sedang dalam proses pembikinan filem aksi berjudul KL Special Force. Filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu diarahkan oleh pengarah muda, Syafiq Yusof (Abang Long Fadil 2, Desolasi).

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem aksi ini adalah Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Fattah Amin, Tania Hudson dan Sabrina Ali.

Filem aksi kepolisan ini bakal menampilkan aksi-aksi lagak ngeri yang asli dan tidak bergantung penuh pada kesan-kesan khas. Menurut pengarahnya, filem ini hanya menampilkan kesan khas sebanyak 10% sahaja.

“Semuanya dilakukan dengan pekerja aksi lagak ngeri untuk memaparkan keaslian dan mengurangkan efek khas kepada kira-kira 10 peratus saja,”  – Syafiq Yusof

Pembikinan filem KL Special Force ini telah menelan belanja kira-kira RM2.5 juta dan buat masa ini tiada tarikh tayangan yang ditetapkan oleh pihak produksi.


Sementara menantikan filem aksi polis ini, mari kita lihat beberapa gambar menarik disebalik pembikinan filem KL Special Force


Related posts

Polis Evo 3 Kini Telah Mengumpul RM25 Juta

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kaut RM16 Juta Pada Minggu Pembukaan Tayangannya

Kakimuvee

Polis Evo 3 Kutip RM10 Juta Dalam Tempoh 3 Hari Tayangan!

Kakimuvee

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

Selepas Sebulan “Abang Long Fadil 3” Berjaya Kutip RM24 Juta

Kakimuvee

Datuk Yusof Haslam Bangga Dua Anaknya Warisi Legasi Sebagai Pengarah

Zulaikha