Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lihat Apa Kata Pengkritik Yang Telah Menonton “Tenet”

Ulasan awal untuk filem Tenet arahan Christopher Nolan yang dinanti-nantikan peminat telahpun dikeluarkan pengkritik. Ada pengkritik yang memuji keaslian filem ini dan menyatakan “sangat menghiburkan”, manakala ada juga yang mendakwa Tenet “hampir mustahil untuk dicintai. 

Anda boleh melihat beberapa ulasan dan reaksi di bawah!.

Tenet digambarkan sebagai sebuah filem pengintipan thriller antarabangsa yang melibatkan tujuh buah negara. Bintang BlackKkKlansman, John David Washington memainkan peranan utama disamping beberapa pelakon lain termasuklah Robert Pattinson (Good Time), Elizabeth Debicki (Widows), Dimple Kapadia (Fugly), Aaron Taylor-Johnson (Avengers: Age of Ultron), Michael Caine (The Dark Knight Rises) dan Kenneth Branagh (Dunkirk).

Filem ini ditulis sendiri oleh Nolan dan mengabungkan filem IMAX dan 70mm, teknik yang sering digunakan Nolan dalam filem-filem arahannya. Nolan turut bertindak selaku penerbit bersama-sama pasangannya, Emma Thomas.

Tenet akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 27  Ogos ini.

Related posts

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

Leave a Comment