Slot Asia

Lie After Lie Pecah Rekod Sendiri, Rating Alice Terus Meningkat

Views

Lie After Lie memecahkan rekodnya sendiri untuk menjadi drama paling banyak di tonton dalam sejarah saluran Channel A.

Pada 25 September yang lalu, Nielsen Korea melaporkan rating episod lapan, drama romantik suspen lakonan Lee Yoo Ri dan Yeon Jung Hoon, meningkat sebanyak 4.5 peratus dan 5.1 peratus. 

Lie After Lie berkisar tentang Ji Eun-Soo (Lee Yoo Ri) yang berpura-pura mengahwini Kang Ji-Min (Yeon Jeong-Hun) semata-mata mahu menjadi ibu tiri kepada anak perempuannya yang sebenar.

Sementara itu, drama SBS Alice menikmati peningkatan rating berbanding episod sebelumnya, mencatatkan skor purata sebanyak 7.0 peratus dan 8.7 peratus untuk dua bahagiannya

Episod ketiga drama hari minggu KBS 2TV Homemade Love Story mencatatkan purata rating sebanyak 19.7 peratus dan 23. peratus untuk dua bahagiannya.

Drama OCN Missing: The Other Side yang dihentikan selama seminggu mencatatkan purata rating sebanyak 3 peratus manakala drama tvN Forest of Secrets 2 mencatatkan skor rating sebanyak 7.2 peratus. 

Akhir sekali, drama romantik JTBC, More Than Friend mencatatkan purata rating 1.4 peratus untuk episod keduanya. 

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks