Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Lie After Lie” Catat Rating Tertinggi Dalam Sejarah Rangkaian Channel A


Baru tiga episod disiarkan, Lie After Lie sudah mencipta sejarah buat Channel A.

Pada 11 September, drama lakonan Lee Yoo Ri dan Yeon Jung Joon itu meneruskan peningkatan rating bagi setiap episod. Menurut Nielsen Korea, drama suspen-romantik itu mencatat purata rating sebanyak 3.1 peratus untuk episod ketiga, sekaligus mencipta rekod baru untuk rating tontonan tertinggi yang pernah dicapai mana-mana drama dalam sejarah Channel A. 

Lie After Lie berkisar tentang Ji Eun-Soo (Lee Yoo Ri) yang berpura-pura mengahwini Kang Ji-Min (Yeon Jeong-Hun) semata-mata mahu menjadi ibu tiri kepada anak perempuannya yang sebenar. 

Sementara itu, drama sci-fi thriller SBS, Alice mencatatkan purata rating sebanyak 6.8 peratus dan 8.1 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus menjadi drama Jumaat-Sabtu yang paling banyak ditonton.

Sumber: Soompi



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee