Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Usia bukanlah penghalang buat pelakon veteran Liam Neeson untuk terus menunjukkan kehebatannya dalam filem-filem aksi. 

Pengedar filem tempatan, ATrinaga membawakan sebuah filem terbaru Neeson, Memory secara eksklusif di pawagam tanah air.

Dari pengarah Casino Royale, Martin Campbell, Memory mengikuti Alex Lewis (Liam Neeson), seorang pembunuh upahan yang hebat dengan reputasi ketepatan yang bijak.

Terperangkap dalam kemelut moral, Alex enggan menyelesaikan pekerjaan yang melanggar kodnya dan mesti segera memburu dan membunuh orang yang mengupahnya sebelum mereka dan ejen FBI Vincent Serra (Guy Pearce) menemuinya terlebih dahulu. Alex dilatih untuk membalas dendam tetapi, dengan ingatan yang mula goyah, dia terpaksa mempersoalkan setiap tindakannya, mengaburkan garis antara betul dan salah.

Menyertai Neeson adalah Guy Pearce, Monica Bellucci, Harold Torres dan ramai lagi.

Saksikan filem aksi thriller Memory yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan tanah air. 

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment