Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Liam Neeson Mahu Kembali Sebagai Qui-Gon Dalam Filem Obi-Wan

Selepas pelakon Ewan McGregor menyatakan perasaan minatnya untuk kembali membawakan watak Obi-Wan dalam filem spin-off terbaru Star Wars yang berjudul Kenobi: A Star Wars Story, seorang lagi bekas pelakon Star Wars, Liam Neeson dikatakan berminat untuk kembali membawakan wataknya iaitu Qui-Gon Jinn dalam filem terbaru akan datang.

Liam Neeson telah disoal oleh wartawan semasa promosi filem The Commuter mengenai filem Obi Wan Kenobi dan kemungkinan akan kembali sebagai Qui-Gon dalam filem berkenaan. Pelakon tersebut mendedahkan beliau tidak tahu mengenai projek terbaru Disney dan Lucasfilm itu, malah mendedahkan tidak menerima apa-apa tawaran untuk kembali dalam filem akan datang. Bagaimanapun, Liam Neeson menunjukan minat untuk kembali membawakan wataknya dalam filem terbaru Star Wars itu.


“This is the first time I’m hearing of this. No one’s been in touch with me. I know in the Star Wars world anything is possible.”

Apabila ditanya lagi oleh wartawan Yahoo Movies U.K. mengenai wataknya yang telah mati dalam filem prekuel pertama Star Wars Episode I: A Phantom Menace, Liam Neeson memberitahu, beliau boleh kembali dalam betuk ‘Force Ghost’.

“In the first one, The Phantom Menace, I died but we know, you know, Jedi come back and stuff but no one’s been in touch. We’ll see.”

Setakat ini, Disney dan Lucasfilm tidak begitu mendedahkan perkembangan filem Kenobi: A Star Wars Story kepada peminat. Jika Ewan McGregor kembali membawakan watak Obi Wan, ia pasti sesuai kerana faktor umor pelakon tersebut bersesuaian dengan tempoh masa diantara filem Revenge of the Sith dan A New Hope. 

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment