Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Lia Natalia Terua Berlakon Dalam Filem Busker

Bintang filem Pinjamkan Hatiku, Lia Natalia melahirkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk membintangi filem Busker yang bakal menemui penonton pada awal tahun 2018.

Menurut Lia, dalam filem arahan Syed Khairul Fariz ini dia membawa watak ringan sebagai Norli seorang gadis yang sentiasa bersikap ‘happy go lucky’. Walaubagaimanapun Lia mengakui berasa sukar untuk menjayakan watak ringan dalam filem.

“Saya banyak berlakon dalam drama membawa watak yang sedikit berat dan apabila diberi peluang untuk bawa watak ringan ini saya ambil sebab sukakan cabaran.

“Sejujurnya ia agak sukar untuk saya bawa watak ringan kerana saya tidak kelihatan terlalu fokus kerana nanti ia akan tampak seperti saya ‘berpura-pura’, sebaliknya saya perlu kelihatan seperti realistik iaitu seorang yang sentiasa ceria,” 

Lia bagaimanapun berkata dia sangat gembira dapat terlibat dalam filem ini kerana kesemua barisan pelakon, pengarah dan kru produksi memberikan kerjasama yang cukup baik selain beri tunjuk ajar kepadanya.

Selain itu, beliau turut menambah, antara faktor lain yang membuatkannya tertarik dengan naskhah ini adalah kelainan yang ditampilkan di mana ia menampilkan jalan cerita mengenai kelompok Busker yang jarang diperlihatkan di layar perak.

Dalam pada itu, ditanya watak apa yang menjadi impiannya satu hari nanti, Lia berkata dia mahu bawa watak sebagai seorang kurang upaya kerana baginya watak seperti itu sangat mencabar kemampuan lakonan seseorang pelakon, namun sehingga kini belum mendapat peluang itu.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya Lia berkata dia tidak mempunyai sebarang projek baru buat masa ini dan ketika ini dia hanya mahu beri tumpuan kepada promosi filem “Busker” yang akan membuat jelajah tidak lama lagi.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment