Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

LeVar Burton Bakal Kembali Sebagai Geordi La Forge Dalam Siri “Star Trek: Picard”

Dalam tembual bersama  Entertainment Tonight, bintang Star Trek LeVar Burton menyatakan kemungkinan dia kembali sebagai Geordi La Forge pada musim kedua Star Trek: Picard akan datang.

Burton mengesahkan bahawa dia telah bersedia untuk meneruskan kembali perannya bersama dengan bekas pelakon Star Trek: The Next Generation yang lain meskipun perbincangan dengan penerbit Alex Kurtzman masih lagi berjalan.

“How do I say this without getting in trouble… I think that is reasonable to assume that those people are still a part of Picard’s life and — sure, what the hell — yeah, absolutely!”

“You’ll see us all, probably not all at the same time but, you know, never say never.”

Geordi La Forge lakonan Burton, membuat penampilan pertama dalam episod perintis Star Trek: The Next Generation pada tahun 1987. Karakternya buta sejak dilahirkan, dan dia menggunakan VISOR bagi membolehkannya melihat. Dia juga dikenali sebagai ketua jurutera USS Enterprise-D yang dipimpin Jean-Luc Picard.

Star Trek: Picard akan menceritakan kisah kehidupan Picard seterusnya, dan ditetapkan selepas Star Trek: Next Generation. Perincian plot masih lagi disimpan rapi, tetapi menurut pencipta Star Trek: Discovery, Alex Kurtzman, siri akan datang “sangat berbeza dari Discovery.”

Siri ini juga akan menampilkan beberapa bekas pelakon Star Trek termasuklah Brent Spiner sebagai Data, Jonathan Del Arco sebagai Hugh the Borg dan bekas bintang Star Trek: Voyager, Jery Ryan sebagai Seven of Nine bersama-sama Marina Sirtis sebagai Commander Deanna Troi dan Jonathan Frakers sebagai Riker.

Picard turut menampilkan Santiago Cabrera, Michelle Hurd, Evan Evagora, Alison Pill, Harry Treadaway dan Iso Briones.

Related posts

Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga “You”

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Adakah Anda Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jiran Baru Anda? ‘You’ Musim Ketiga Akan Kembali Ke Netflix 15 Oktober Ini

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Leave a Comment