Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Letitia Wright Dikejarkan Ke Hospital Selepas Mengalami Kemalangan Di Set Penggambaran “Black Panther 2”

Produksi Black Panther: Wakanda Forever baru sahaja bermula di Georgia, A.S., tetapi sekuel terbaru Marvel Studios itu terpaksa dihentikan hari ini selepas bintangnya, Letitia Wright (Shuri) mengalami kecederaan ketika melakukan aksi semasa penggambaran, lapor The Hollywood Reporter.

Aktres itu telah dikejarkan ke hospital, dan kecederaan yang dialaminya dilaporkan tidak serius. 

“Letitia Wright mengalami cedera ringan hari ini ketika melakukan lagak ngeri untuk Black Panther: Wakanda Forever,” dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh jurucakap Disney awal hari ini. “Dia sedang menerima rawatan di hospital tempatan dan dijangka akan dibenarkan keluar tidak lama lagi.”

Insiden tersebut bagaimana tidak mengganggu jadual produksi Black Panther: Wakanda Forever. 

Baru-baru ini, Wright dan seorang lagi bintang Black Panther, Danau Gurira telah dilihat di set penggambaran dan dipercayai sedang merakamkan salah satu babak dalam filem akan datang. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

Sekuel Black Panther sekali lagi akan diarahkan dan ditulis oleh Ryan Coogler. Filem akan datang menyaksikan kepulangan sebilangan besar pelakon asal seperti Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, dan Letitia Wright sebagai Shuri. Menyertai barisan pelakon adalah Tenoch Huerta (Narcos: Mexico) yang dilaporkan akan membawa watak utama penjahat. Kebanyakkan peminat berspekulasi bahawa watak lakonan Huerta adalah Namor.

Black Panther: Wakanda Forever dijadualkan tayangan pada 8 Julai 2022, hampir dua tahun selepas kematian pelakon utama Chadwick Boseman, yang meninggal dunia pada usia 43 tahun selepas bertarung dengan kanser usus.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment