Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Leslie Uggams & Karan Soni Akan Kembali Bergabung Dengan Ryan Reynolds Dalam Filem Ketiga ‘Deadpool’


Leslie Uggamas dan Karan Soni akan kembali memainkan semua peranan masing-masing dari dua filem pertama Deadpool untuk filem ketiga yang juga filem terbaru MCU yang akan datang, Deadpool 3.

Soni memainkan watak pemandu teksi yang juga rakan kepada Wade Wilson, Dopinder, manakala Uggams memainkan watak rakan sebilik Wade yang setia, Blind Al. Mereka menyertai Ryan Reynolds sebagai Merc With a Mouth, dan Hugh Jackman sebagai Wolverine.

Alumni The Crown Emma Corrin juga menyertai filem akan datang sebagai penjahat misteri, dan manakala bintang Succession, Matthew Macfadyen turut terlibat dengan memainkan watak yang masih belum didedahkan. 

Butiran plot masih disimpan rapi, tetapi Wade dan Wolverine (yang dilakonkan oleh Hugh Jackman) akan mendapati mereka berada (terperangkap?) dalam Marvel Cinematic Universe.

Shawn Levy akan mengarah Deadpool 3, yang akan ditayangkan di pawagam pada 6 September 2024.



Related posts

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee