Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Les’ Copaque Production Menerima Anugerah “Diamond Play Button” Dari YouTube

Saluran YouTube milik studio animasi tempatan, Les’ Copaque Production berjaya mencecah 10 juta pelanggan semalam sekali gus layak menerima anugerah “Diamond Play Button” daripada platform perkongsian video dalam talian itu.

Ini pencapaian yang luar biasa dan amat membanggakan kerana ia merupakan Saluran YouTube pertama dari Malaysia mencecah 10 juta pelanggan.

Kejayaan merekodkan 10 juta pelanggan itu dicapai pada jam 2.06 petang semalam, menurut Les’ Copaque Production dalam kenyataannya hari ini.

Sehingga Februari 2020, hanya 566 Saluran YouTube di seluruh dunia yang mencapai 10 juta pelanggan.

Saluran YouTube Les’ Copaque diwujudkan pada 2009, dan kini telah mencecah lebih empat bilion tontonan.

Pihak produksi telah mengambil kesempatan itu menghasilkan video permohonan maaf daripada Fizi yang mencapai 19 juta tontonan hanya dalam tempoh seminggu.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

Leave a Comment