Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Leonardo DiCaprio sebagai Captain America, tetapi….

5 watak dari komik-komik terhebat

yang hampir hendak dimainkan oleh Leonardo Dicaprio

Haruskah Leonardo DiCaprio memainkan karakter superhero? Sepertinya semua orang ingin beliau melakukan filem dari komik. Bahkan Stan Lee, pencipta Spider-Man dan pelbagai jenis superhero, menginginkan Leo dalam suit superhero. Stan Lee pernah berkata, “Leo PERLU menjadi superhero.”

Lantas mengapa Leo belum pernah memainkan karakter superhero? Menurutnya, filem superhero adalah pembunuh karier. Ketika Zac Efron ditawarkan peranan sebagi Superman dalam Man of Steel (APAAAAAA? PITAMMMMM), Leo  memintanya untuk menolaknya. Ini benar-benar mengejutkan dari Leo kerana ayahnya, George DiCaprio, adalah seorang penulis buku komik ‘underground’ ternama.

Leo mengatakan bahawa beliau mungkin memainkan karakter dari buku komik di masa depan. “Anda tidak pernah tahu, mungkin satu masa nanti saya akan berubah fikiran” ujar Leo.

Ini merupakan senarai watak dari komik yang hampir dimainkan oleh Leo:

1. Robin dalam Batman Forever (1995)
Apabila pengarah Joel Schumacher berhasrat untuk merosakkan francais Batman, beliau cuba untuk mendapatkan Leonardo DiCaprio untuk bermain Robin. Tetapi beliau tidak pernah diuji bakat. Leo teringat, “Saya mengadakan pertemuan dengan Joel Schumacher. Ia hanya satu pertemuan, dan, tidak, saya tidak akan melakukannya.”

Leo menolak peranan Robin dengan mengatakan “Saya tidak fikir saya bersedia untuk apa-apa seperti itu”. Peranannya pergi ke Chris O’Donnell dan Chris membintangi filem itu, dan sekuel Batman dan Robin, yang menjadi filem “superhero yang paling penting yang pernah ada”. Hmmmmmmmmmm

 

2. Spider-Man dalam Spider-Man (2002)
Apabila Sony hendak membuat filem Spider-Man, mereka menawarkan peranan Peter Parker kepada Leonardo DiCaprio. Leo menolaknya sambil berkata, “Ini satu lagi keadaan itu, sama dengan Robin, di mana saya belum merasa bersedia untuk memakai suit sebagai superhero.”

Akhirnya skrip berubah tangan dan Sam Raimi mengambil Tobey McGuire.

 

3. Captain America dalam Captain America: The First Avenger (2011)
Terdapat banyak gembar-gembur di sekitar filem solo pertama Captain America dan banyak khabar angin tentang pelakon mana yang akan dipilih. Antara senarai pelakon dalam senarai akhir, studio itu mahukan peranan tersebut diberi kepada ialah Leonardo DiCaprio sebagai Capt. Ya, sekali lagi Leo menolaknya.  Peranannya pergi kepada Chris Evans.

 

4. The Riddler in The Dark Knight Rises (2012)
Apabila Warner Bros sedang membangunkan sekuel kedua kepada Batman Returns, mereka benar-benar mahu Leo memainkan peranan sebagai supervillain Batman iaitu Riddler. Menurut penulis David Goyer, Warner Bros berkata, “Sudah tentu beliau akan menjadi The Riddler, dan kami mahu Leonardo DiCaprio sebagai watak tersebut.” Selepas ditawarkan watak tersebut, Leo hanya mendiamkan diri dan tidak memberi kata putus dan pada akhirnya, pembuat filem memilih untuk menampilkan Bane (Tom Hardy) dan bukannya The Riddler.

 

5. Penjahat di dalam Kingsman: Secret Service (2014)
Leonardo DiCaprio berada dalam senarai pendek pelakon untuk memainkan penjahat yang tidak disebutkan namanya dalam adaptasi Matthew Vaughn terhadap Mark Millar’s Secret Service. Leo sekali lagi menolaknya, dan peranan tersebut  akhirnya pergi ke Samuel L. Jackson.

 

Apakah ada karakter buku komik yang menurut anda harus dimainkan oleh Leo? Jika ya, mengapa?

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment