Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Leonardo DiCaprio & Jennifer Lawrence Cuba Selamatkan Dunia Dalam Teaser Pertama DON’T LOOK UP

Apa yang berlaku apabila dua ahli astronomi cuba memberi amaran kepada dunia mengenai komet yang hampir pasti akan memusnahkan planet Bumi? Ketahui adakah Kate Dibiasky (Jennifer Lawrence), seorang pelajar lulusan astronomi, dan profesornya Dr. Randall Mindy, (Leonardo DiCaprio) dapat menyelamatkan dunia, dengan melakukan lawatan media dalam Don’t Look Up, hanya di Netflix .

Kate Dibiasky (Jennifer Lawrence), seorang pelajar lulusan astronomi, dan profesornya Dr. Randall Mindy (Leonardo DiCaprio) membuat penemuan yang mengejutkan tentang komet yang mengorbit di dalam sistem suria. Masalahnya – komet tersebut sedang menuju ke Bumi. Masalah lain? Tiada siapa yang benar-benar ambil peduli.


Ternyata, memberi amaran kepada manusia mengenai pembunuh planet sebesar Gunung Everest adalah fakta yang tidak selesa untuk didengari. Dengan bantuan Dr. Oglethorpe (Rob Morgan), Kate dan Randall memulakan lawatan media yang membawa mereka dari pejabat Presiden Orlean (Meryl Streep) yang tidak ambil kisah, anaknya dan Ketua Turus yang tidak bersemangat, Jason (Jonah Hill), ke gelombang udara The Daily Rip, rancangan waktu pagi yang dihoskan oleh Brie (Cate Blanchett) dan Jack (Tyler Perry). Dengan hanya tinggal enam bulan lagi sebelum komet akan menghentam Bumi, mereka menguruskan kitaran berita 24 jam dan cuba menarik perhatian orang ramai yang terobsesi di media sosial sebelum ianya terlambat – apa yang diperlukan untuk membuat dunia melihat ketas?!

Dont’t Look Up diitulis dan diarahkan oleh pemenang Anugerah Academy, Adam McKay (The Big Short), dan turut dibintangi Mark Rylance, Ron Perlman, Timothée Chalamet, Ariana Grande, Scott Mescudi (aka Kid Cudi), Himesh Patel, Melanie Lynskey, Michael Chiklis dan Tomer Sisley.

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment