Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Leonardo DiCaprio Di Kecam Hisap Vape Di Anugerah SAG

leonardo vape

PELAKON Leonardo DiCaprio diselar selepas gambar memperlihatkannya sedang menghisap rokok elektronik iaitu vape tersebar ketika menghadiri Anugerah Screen Actors Guild (SAG) baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan pelakon filem The Revenant itu dilihat menghisap vape ketika majlis anugerah tersebut sedang berlangsung dan rata-rata menganggap perbuatan Leonardo, 41, itu sebagai tidak sopan.

Gambar tersebut telah menarik perhatian Persatuan Paru-Paru Amerika memandangkan menghisap vape adalah dilarang di Los Angeles termasuk di restoran, kelab malam dan tempat awam lain.

Dalam pada itu, Leonardo buat pertama kali memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik SAG selepas sembilan kali dicalonkan dalam kategori sama sebelum ini.

Related posts

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee

Telefon Ayda Jebat Dirampas Ketika Berselfie Dengan Bintang Running Man

Is Mohd

Raysha Rizrose Tidak Heran Dengan Kritikan Netizen

Kakimuvee

Leave a Comment