Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lemah Berbahasa Inggeris Punca Salah Faham Kontrak – Zero

zero2

Kumpulan Zero mengakui kelemahan mereka dalam membaca dan menulis menjadi penyebab kepada salah faham berhubung tawaran daripada sebuah syarikat penerbitan filem.

Salah seorang anggotanya, Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Bin Doli Sharif, 24, berkata, akibat kelemahan itu mereka tidak membaca secara terperinci butiran yang terkandung dalam sesuatu perjanjian yang dibuat kepada mereka.

“Kami akui kelehaman tidak membaca dan menulis terutamanya jika dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris membuatkan kami sukar memahami dan hanya menurunkan tandatangan sahaja.

“Namun, berkaitan dengan hal kontrak filem itu, kami difahamkan tentang perjanjian itu oleh pihak terbabit bahawa ia hanyalah surat tawaran dan bukan kontrak sebelum kami menurunkan tandatangan,” ujarnya kepada mStar Online.

Zero berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kononnya mereka telah melanggar kontrak dengan sebuah syarikat penerbitan filem tahun lalu selepas menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014.

Kumpulan Zero turut dianggotai oleh Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif).

Bagaimanapun, Atu berkata, dia pasti perjanjian yang ditandatangani itu bukanlah sebuah kontrak yang boleh mendakwa mereka di mahkamah.

“Salah faham itu berlaku selepas pihak tersebut meminta kami tandatangan dan memuatkan surat dan wajah kami di laman sosial mereka. Ia mungkin disalah tafsir oleh orang luar bahawa kami sudah buat perjanjian dengan syarikat itu dan hanya akan berlakon dengan penerbitan mereka.

“Walaupun kami tidak faham tentang isi surat itu tapi kami diberitahu ia bukan melibatkan perjanjian kontrak. Saya juga sudah hubungi syarikat tersebut bagi menjelaskan situasi yang berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, Atu yang baharu berkahwin dengan Shafeeqa Johari, 30, pada 8 Februari lalu berkata, isterinya kini bertanggungjawab sebagai pengurus mereka terutama dalam hal melibatkan kontrak.

“Sekarang semua urusan itu dibuat oleh isteri saya yang juga pengurus kami kerana dia faham dan boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zero bakal keluar dengan filem pertama mereka berjudul Lu Mafia Gua Gangster mula ditayangkan pada 21 April ini di seluruh pawagam di Malaysia.

Filem tersebut turut membariskan pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan, Saiful Apek dan Zack Taipan.

sumber: mStar Online

Related posts

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

HBO Max Bangunkan Siri TV Live-Action “Harry Potter”

Kakimuvee

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan Di Malaysia

Isqandar

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.

Kakimuvee

Sony Tukar Tarikh Tayangan Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella & Peter Rabbit 2

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating