Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Leigh Whannell Dipilih Untuk Arahkan Filem “The Green Hornet and Kato”


Filem Universal yang lama tertangguh, The Green Hornet and Kato akhirnya telah menemui pengarahnya.

Menurut Deadline, pengarah The Invisible Man, Leigh Whannell kini sedang dalam rundingan akhir untuk mengarahkan filem terbaru itu. Eksekutif studio sebelum ini dilaporkan telah bertemu dengan beberapa pengarah berpotensi sejak beberapa minggu lepas, dan mereka merasakan “Whannell paling berpotensi antara pengarah yang tersenarai.”

Universal sebelum ini berjaya mendapatkan hak untuk watak ikonik itu pada tahun 2020 dari Amasia, syarikat penerbitan yang dikendalikan oleh bekas Presiden Marvel Studios, Michael Helfant dan Bradley Gallo. Sejak itu, IP tersebut berada dalam peringkat pembangunan.

Tidak banyak butiran mengenai filem itu didedahkan pihak studio, tetapi David Koepp telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan skrip dengan Kato dijangka mendapat jumlah skrin yang hampir sama dengan watak Britt Reid.

Filem penggembaraan komedi The Green Hornet pernah diangkat ke layar perak pada tahun 2011 oleh Sony Pictures, dan ia dibintangi Seth Rogern, Cameron Diaz dan Jay Chou.  



Related posts

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Universal & Illumination Akan Bangunkan Animasi Legend Of Zelda

Kakimuvee

[VIDEO] Christopher Nolan Berikan Sebab Kenapa Anda Harus Menonton Oppenheimer Di Pawagam IMAX

Kakimuvee