Siri TV

Leigh Whannell Bangunkan Siri Sekuel UPGRADE

Views

Selepas dua tahun ditayangkan, filem aksi cyberpunk Upgrade sekali lagi akan menemui penonton, cuma kali ini dalam bentuk siri televisyen.

Menurut Deadline, pengarah Leigh Whannell (The Invisible Man) akan berkerjasama dengan Blumhouse Production untuk hasilkan siri sekuel Upgrade. 

Siri adapatasi ini akan dibuat secara bersama oleh Whannell dan pencipta siri Treadstone, Tim Walsh. Mereka juga disertai penulis siri The Purge, Krystal Ziv Houghton dan James Roland.

Ditetapkan beberapa tahun selepas filem pertama, siri ini akan memperluaskan dunia Upgrade dengan cip implan STEM telah berevolusi dan memiliki perumah baru. Pihak kerajaan akan menggunakan semula STEM untuk membantu membendung penjenayah aktiviti.

Siri sekuel ini merupakan projek televisyen pertama Whannell selepas terlibat dalam dunia perfileman selama 15 tahun.

Upgrade mengisahkan tentang seorang lelaki, Grey Trace yang ingin membalas dendam terhadap perompak yang telah membunuh isterinya dengan kejam dan menyebabkannya lumpuh. Satu hari, Trace telah didatangi seorang lelaki billionaire yang menawarkannya satu experimen yang akan menyembuh badannya lumpuh dan ‘upgrade’ (naiktaraf) kemampuan badannya  dengan meletakkan satu impan yang dikenali sebagai STEM. Impan tersebut akan memberikan satu abiliti fizikal yang sangat hebat kepada Trace dan atas kelebihan yang ada pada dirinya, dia mula memburu pembunuh yang menyebabkan kematian isterinya dan hampir menyebabkan dia mati.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks