Trivia

Lego Vs Leto: Lego Joker Berikan Kita Penjahat Yang Kita Mahukan

Views

Dah tengok filem The Lego Batman? Well, yang dah tengok pasti teruja dengan watak Joker versi Lego yang disuarakan oleh Zach Galifianakis.

Sebenarnya, kami cuma ingin menonton Batman sahaja dalam filem animasi Lego ini, tetapi perwatakan Joker lebih menarik perhatian. Thanks kepada Warner Bros. yang berjaya hasilkan Joker versi Lego ini, kitorang akhirnya dapat mengubat kekecewaan selepas melihat Joker versi Letto yang agak mengarut.

Ok disini kami berikan 4 sebab kenapa Joker versi Zach Galifianakis jauh lebih baik dari versi-versi yang lain.

1. Lego Joker Lebih Kelakar

Joker adalah penjenayah badut, siapa pun yang membawa watak Joker haruslah pandai membuat komedi dan dalam masa yang sama mampu menzahirkan kejahatan, sinonim dengan namanya "Joker".

Galifianakis berjaya memberikan kepada kita Joker yang sepatutnya kita lihat. Walaupun dia berjaya membuat kita ketawa, tetapi tidak meminggirkan kejahatan yang ada pada watak Joker.

Bagi kami, Lego Joker far more better dari versi-versi Joker yang lain. Funny but evil

2. Joker & Harley Quinn bekerjasama melakukan kejahatan

Dalam Suicide Squad, kita tidak dapat melihat Joker dan partner in crime dia, Harley Quinn bekerjasama dalam melakukan kejahatan ataupun jenayah. Ops bukan tak dapat melihat, "not enough" orang putih kata. Mostly pun kita cuma dapat lihat kisah relationship diorang sahaja.

Tapi dalam Lego Batman, kita dapat lihat bagaimana "Bonnie & Clyde" ini bekerjasama dalam melakukan jenayah, terutamanya semasa Joker merancang melepaskan diri dan penjenayah dari penjara Phantom Zone dan menawan Batcave.

Bukankah molek dapat melihat Joker dan Harley Quinn togather-gather melakukan kejahatan?

3. The Lego Joker lebih Villain lebih Evil!

Versi Lego lebih evil, lebih villain, dia bawa geng-geng jahatnya dijalanan untuk membuat huru-hara di Bandar Gotham dan dia merancang dengan lebih teliti plan jahatnya. Tak cukup lagi? dia bawa penjahat-penjahat dari filem lain untuk buktikan kepada Batman yang dia adalah penjahat terhebat Gotham.

Dia tidak peduli dengan orang lain, kecuali Batman, dia sanggup buat apa sahaja termasuk membuat kemusnahan total asalkan Batman mengakui yang dirinya adalah villain terhebat.

Setakat Joker Heath Ledger nak letupkan Hospital dan Feri apalah sangat, Joker Lego nak musnahkan Gotham City terus!

Jangan marah yer Joker-Heath Ledger-Fan.

4. Hubungannya Dengan Batman

Lego Batman menunjukan betapa pentingnya hubungan antara Batman dan Joker. Tiada Joker, Batman surely bosan. Joker bukan sahaja merancang untuk menawan bandar Gotham dan melakukan kejahatan, dia juga mahu buktikan kepada Batman yang Joker dan Batman saling memerlukan.

Tapi Batman ego, enggan mengakui hubungan hero-villain antara mereka apabila Joker memberitahu yang dia adalah villain terhebat Gotham dan Batman Joker tidak boleh berpisah.

Lagipun bukankah, Batman dan Joker telah bertarung sejak dahulu lagi? apapun cara yang diambil, Batman dan Joker sentiasa bertarung dan diorang tidak boleh dipisahkan.

So, bagaimana anda "rate" Joker versi terbaru ini? mampukah versi Galifianakis ini ketepikan Joker versi-versi lain terutamanya versi Heath Ledger dan Letto?

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks