Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Legion – Siri TV Berdasarkan Trilogi Filem X-Men

legion-fx-xmen-197201

FX Production dengan kerjasama Marvel Television dan beberapa produksi yang lain telah menghasilkan satu siri televisyen berjudul Legion. siri televisyen ini berdasarkan dari salah satu karakter komik Marvel yang bernama Legion, siri televisyen ini merupakan spin off kepada siri filem-filem X-Men dan ia merupakan siri televisyen pertama yang dihasilkan dari spin off filem.

Legion diterbitkan oleh Noah Hawley dengan dibintangi beberapa pelakon seperti Dan Stevens yang membawa watak utama iaitu David Haller, Rachel Keller, Jean Smart, Aubrey Plaza dan ramai lagi.

Siri televisyen ini buat pertama kalinya diumumkan pada Oktober 2015 dan Hawley telah diipilih untuk menulis dan mengarahkan rancangan ini. Produksi bermula pada Januari 2016 dan selesai pada bulan May yang lalu.

Legion akan ditayangkan dalam rancangan televisyen pada Februari 2017 dan di Malaysia, rancangan ini boleh ditonton di Channel FOX Astro

PLOT

David Haller (anak kepada Charles Xavier – Profesor X) telah di diagnos penyakit schizophrenia semasa kecil dan sejak daripada itu, dia telah menjadi pesakit mental dibeberapa pusat psikatari. Selepas dia mencederakan pesakit mental yang lain, dia dapat dirinya bukan sahaja mengalamai sakit metal, tetapi lebih daripada itu.

legion-tv-series-first-look

Info mengenai David Haller

David Haller merupakan salah satu karakter Marvel dan telah membuat kemunculan pertama dalam komik New Mutans #25 pada Mac 1985. David mengunakan alter-ego bernama Legion dan dia adalah anak lelaki kepada pasangan Professor Charles Xavier dan Gabrielle Haller.

Karakter Legion adalah lebih kepada anti-hero dan mempunyai masalah mental. Dia mempunyai kuasa seperti bapanya dan mampu untuk masuk kedalam badan individu lain dan mengawal kuasa yang dimiliki oleh individu tersebut.

Related posts

[TRAILER] Kisah The Rock Diceritakan Dalam Sitcom “Young Rock”

Kakimuvee

Ethan Hawke Bawa Watak ‘Villain’ Dalam Siri Disney+ “Moon Knight”

Kakimuvee

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kakimuvee

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”

Kakimuvee

Klip Rasmi “WandaVision” Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Kakimuvee

Queen Latifah Sebagai Robyn McCall Dalam Teaser Drama Jenayah CBS “The Equalizer”

Kakimuvee

Leave a Comment