Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Legion of Super-Heroes & Justice League: Warworld Antara Animasi DC Menarik Untuk Tahun Hadapan


Beberapa judul animasi DC bakal menemui peminat tidak lama lagi. 

Antara yang kini sedang dibangunkan termasuklah Batman: The Doom That Came to GothamLegion of Super-Heroes, dan Justice League: Warworld, yang dijangka akan dilancarkan pada 2023. Selain itu juga, sekuel Justice Society: World War II turut sedang dibangunkan pengeluar filem. 

Era baharu penceritaan DC Animated Universe ini telah digelar sebagai “Tomorrowverse” oleh peminat. Bermula dengan Superman: Man of Tomorrow, yang diikuti oleh filem JSA dan Batman: The Long Halloween. Awal tahun ini, Jensen Ackles muncul untuk mengesahkan bahawa dia sedang mengusahakan projek terbaru Batman.

Kedua-dua filem blockbuster sebelum ini berakhir dengan Dark Knight telah didatangi oleh Green Arrow dan The Flash, sekaligus memberi petunjuk bahawa Batman akan menyertai Justice League.

Menurut laporan, Justice League: Warworld adalah rujukan kep[ada Mogul. Dalam versi komik, dia mengawal satelit bersenjata yang digelar “Warworld” yang sebesar planet kecil, dan dia pasti akan membuat ancaman yang akan dihalang oleh pasukan adiwira DC ini. 


Sumber: Comicbookmovie


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee