Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Legendary Reboot Filem TEXAS CHAINSAW MASSACRE


Variety melaporkan bahawa pengarah Ryan dan Andy Tohill telah dipilih oleh studio Legendary Entertainment untuk mengarahkan filem reboot The Texas Chainsaw Massacre. Penulis Chris Thomas Devlin dilaporkan turut terlibat dalam projek akan datang sebagai penulis skrip.

Ini merupakan filem besar pertama buat adik-beradik Tohills selepas filem pertama mereka, The Dig ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada tahun 2018.

Bekas pengarah Don’t Breathe dan Evil Dead, Fede Alvarez akan menerbitkan filem ini bersama-sama Rodolfo Sayagues menerusi syarikat penerbian Bad Hombre. Setakat ini, plot filem masih tidak didedahkan kepada umum.

Francais The Texas Chainsaw Massacre berkisarkan tentang Leatherface dan keluarganya, yang membunuh pelawat menceroboh tanah mereka dikawasan pendalaman Texas. Filem asal diarahkan oleh Tobe Hooper (Poltergeist) dan diterbitkan pada 1974.

Sebanyak 8 buah filem telah dihasilkan dengan yang terbaru merupakan filem prekuel berjudul Leatherface yang diterbitkan pada 2017. Antara pelakon yang pernah membintangi francais ini termasuklah Matthew McConaughey, Renee Zellweger, Viggo Mortensen, dan Dennis Hopper. Siri filem ini juga telah berjaya mengumpul $235 juta dolar seluruh dunia.



Related posts

Penggambaran Sekuel “Godzilla vs. Kong” Dijangka Bermula Di Australia Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Legendary Bangunkan Sekuel Godzilla vs. Kong, “Son of Kong”

Kakimuvee

Mari Kita Baca Reaksi Awal Pengkritik Tentang “Godzilla vs. Kong”

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Godzilla Vs. Kong” Dedahkan Kedatangan… [SPOILER]

Kakimuvee