Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Legendary Pictures Lancarkan TV-Spot Terbaru Godzilla: King of the Monsters

Studio Lagendary Pictures telah melancarkan TV-Spot terbaru filem Godzilla: King of the Monsters. Anda boleh tonton tv-spot berkenaan di pemain video dibawah.

Sekuel Godzilla ini diarahkan oleh Michael Dougherty manakala skrip ditulis oleh Dougherty sendiri bersama-sama Zach Shields.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Vera Farmiga, Millie Bobby Brown disamping dua pelakon dari filem pertama, Sally Hawkins dan Ken Watanabe serta beberapa pelakon lain iaitu Bradley Whitford, Thomas Middleditch, Charles Dance, O’Shea Jackson Jr., Aisha Hinds dan Zhang Ziyi

Godzilla: King of the Monsters akan memberi fokus kepada agensi rahsia kerajaan yang dikenali sebagai Monarch berhadapan dengan beberapa lagi raksasa selain Godzilla yang mula muncul. Mereka perlu merangka strategi serta perancangan rapi untuk melindungi manusia dari raksasa-raksasa selain Godzilla iaitu Mothra dan Rodan, serta musuh ketat kepada Godzilla, King Ghidorah.

Godzilla: King of the Monsters dijangka akan ditayangkan pada 31 May 2019

Related posts

[TRAILER] Hellbound Akan Dilancarkan Di Netflix 19 November Ini

Zulaikha

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Leave a Comment