Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Legendary Kecewa Apabila Dapat Tahu “Godzilla vs. Kong”, “Dune” Ditayangkan Di HBO Max

Minggu lalu, Warner Bros. telah membuat kejutan dengan mendedahkan bahawa, semua filem tahun 2021 terbitan mereka akan ditayangkan dipawagam dan HBO Max secara serentak.

Namun keputusan mereka menimbulkan rasa tidak senang hati beberapa pihak, dan terbaru studio Legendary dilaporkan kecewa apabila mendapat tahu dua filem mereka iaitu Godzilla vs. Kong dan Dune tersenarai dalam filem WB yang akan ditayangkan di HBO Max. 

Legendary sebelum ini dilaporkan sedang dalam rundingan dengan gergasi streaming Netflix untuk membawa Godzilla vs Kong dan Dune ke platform streaming tersebut dengan perjanjian bernilai $250 juta dolar.

Bagaimanapun, Warner Bros. menghalang perjanjian tersebut, dan menetapkan pelepasan digital / pawagam tanpa memberitahu Legendary.

Studio Legendary merupakan penyumbang terbesar dalam pembikinan filem Dune iaitu 75 peratus dari modal sebanyak $165 juta, dan peratusan yang hampir sama untuk filem Godzilla vs. Kong. Sehubungan dengan itu, Legendary dilaporkan akan mencabar keputusan yang di buat Warner Bros. 

Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters.

Adam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl.

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

Dune diarahkan oleh Denis Villeneuve dan dibintangi pelakon seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem.

Sumber: Deadline

Related posts

Disney+ Hotstar Wujudkan Media Sosial Untuk Pasaran Malaysia!

Kakimuvee

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar