
Selepas tarikh tayangan diawal dua bulan iaitu ke bulan Mac, studio Legendary dan Warner Bros. perlu segera mempromosikan filem terbaru mereka, Godzilla vs. Kong.
Sementara menantikan trailer yang akan dilancarkan pada Ahad ini (waktu AS), satu poster terbaru telah didedahkan kepada peminat. Anda boleh saksikannya dibawah.
TRAILER SUNDAY. #GodzillaVsKong pic.twitter.com/Ndc7HrsdeG
— Legendary (@Legendary) January 21, 2021
Sebagaimana tamadun manusia berjuang untuk masa depan, makhluk Godzilla dan Kong bertarung sesama sendiri. Pertubuhan Monarch dalam misi untuk meneroka ke tempat yang belum pernah diteroka untuk mencari klu mengenai asal usul Titan, sementara konspirasi manusia mengancam untuk menghapuskan Godzilla dan Kong dari muka bumi.
Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters. Adam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl).
Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.
Godzilla vs. Kong akan ditayangkan serentak di HBO Max dan pawagam pada 26 Mac 2021.