Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Legendary Bangunkan Sekuel Godzilla vs. Kong, “Son of Kong”

Pengarah Godzilla vs. Kong Adam Wingard dilaporkan sedang dalam rundingan dengan studio Legendary untuk mengetuai projek MonsterVerse seterusnya, yang dilaporkan bertajuk Son of Kong. Pekara tersebut sumber dalam laporan yang dikeluarkan the Hollywood Reporter.

Menurut laporan itu, Legendary ingin mengambil langkah untuk mengembangkan siri ini menjadi satu atau lebih ansuran, dengan pengarah Adam Wingard akan kembali untuk filem lain. Salah satu tajuk yang berpotensi untuk ansuran seterusnya adalah Son of Kong.

Setakat ini, tiada pengesahan atau maklumat rasmi mengenai masa depan francais, tetapi jika Wingard kembali, dia akan menjadi pengarah pertama dalam MonsterVerse yang kembali untuk projek seterusnya. Kesemua filem MonsterVerse sebelum ini telah diarahkan oleh pengarah yang berlainan. 

Godzilla vs. Kong telah dilancarkan awal tahun ini dan berjaya mengutip $386 juta dolar seluruh dunia berbanding kos produksi sebanyak $170 juta dolar.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment