Siri televisyen Legend of Tomorrow telah membuat kejutan apabila memperkenalkan karakter superhero Muslim dalam rancangan televisyen mereka yang sudahpun memasuki musim ketiga. Karakter yang dimaksudkan itu adalah Zari Adrianna Tomaz, seorang pengodam komputer dari masa hadapan. Watak Adrianna Tomaz itu akan dibawa oleh pelakon kelahiran Iran, Tala Ashe.
Dalam musim ketiga siri tersebut, Adrianna Tomaz akan menjadi ahli terbaru dalam kumpulan WaveRider.
Dalam New-52 (siri reboot komik DC), Adrianna Tomaz atau juga dikenali sebagai Isis adalah wanita kelahiran Mesir dan juga hamba dengan Black Adam, karakter anti-hero DC. Adrianna bertanggungjawab menggubah persona Black Adam dari seorang supervillain kepada anti-hero. Adrianna telah diberikan “The Amulet of Isis” oleh Black Adam dan mempunyai kuasa dan abiliti dewa selepas memakai amulet tersebut.
Menurut penerbit eksekutif Marc Guggenheim, penampilan karakter superhero muslim ini adalah respond kepada polisi, suasana politik US sekarang dan pendirian anti-muslim President Donald Trump terhadap immigrant muslim di US.

“You might have heard there was this election. Not to get political, but something we all gravitate toward in the writers’ room was the character being Muslim. That was very important to us not to make a political statement or make it a thing… [because] someone’s race, religion, or sexual orientation is not the only aspect of their character.”
Ketika ditanya oleh wartawan kenapa tidak menggunakan nama Isis, Marc memberitahu, situasi keganasan yang dilakukan oleh pengganas ISIS di Timur Tengah menyebabkan mereka tidak menggunakan nama tersebut, sebaliknya menggunakan nama Adrianna Tomaz
Kepada peminat siri televisyen DC, apa pendapat anda mengenai karakter superhero muslim ini?