Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Leftenan Adnan Akan Ditayang Semula Dalam Versi ‘HD’

Syarikat produksi filem dan televisyen Ace Motion Pictures bakal menayangkan semula filem patriotik arahan Aziz M. Osman, Leftenan Adnan sempena bulan kemerdakaan ini.

Memetik laporan Cinema Online, filem yang diterbitkan pada tahun 2000 itu telah dinaik taraf ke versi 4K untuk tayangan tahun 2020, sekaligus meraikan ulang tahun filem yang ke-20.

Walaubagaimanapun, pihak penerbit turut menghasilkan versi yang lebih rendah iaitu 2K memandangkan tidak semua pawagam boleh menayangkan filem versi 4K.

Rata-rata pengguna media sosial tidak sabar untuk menonton semula filem itu, dan ada segelintir yang berharap ia dapat ditayangkan menerusi portal penstriman video Netflix.

Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ia dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario.

Filem ini berjaya merangkul trofi juara bagi kategori Penataan Bunyi Terbaik (Azman Abu Hassan) dan Anugerah Khas Juri (Jeneral Dato’ Seri Md. Hashim Hussein dan Aziz M. Osman) di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 pada tahun 2000.

Selain itu, ia juga menang besar di Festival Filem Malaysia ke-15 apabila berjaya merangkul trofi bagi kategori Filem Terbaik, Anugerah Khas Juri, Pengarah Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Anda boleh saksikan video trailer versi restorasi, suntingan pengarah dan definisi tinggi (HD) dibawah.

https://www.facebook.com/100987781507359/posts/166534908285979/?sfnsn=mo&extid=kNmvRmxCbzgZSjTP&d=n&vh=e

Sumber: Cinema Online

 

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment