Slot Asia

Lee Sung Kyung Akan Membuat Penampilan Istimewa Dalam Episod Terbaru ONCE AGAIN

Views

Lee Sung Kyung bakal membuat penampilan istimewa dalam drama KBS2, Once Again. 

Pelakon tersebut akan memainkan peranan sebagai model popular bernama Ji Sun Kyung. Dalam gambar terbaru Once Again, ia memaparkan Ji Sun Kyung bertemu dengan Song Da Hee (lakonan Lee Cho Hee) dan Yoon Jae Seok (lakonan Lee Sang Yi).

Once Again berkisarkan tentang Song Young-Dal (Cheon Ho-Jin) dan Jang Ok-Boon (Cha Hwa-Yeon) yang telah berkahwin selama bertahun-tahun dan mereka mempunyai 4 orang anak: Joon-Sun (Oh Dae-Hwan), Ga-Hee (Oh Yoon- Ah), Na-Hee (Lee Min-Jung) dan Da-Hee (Lee Cho-Hee).

Anak ketiga Na-Hee adalah seorang doktor dan dia bekerja di hospital yang sama dengan suaminya, Kyu-Jin (Lee Sang-Yeob). Mereka jatuh cinta semasa di sekolah perubatan dan berkahwin, tetapi kehidupan perkahwinan mereka tidak berjalan lancar. Sementara itu, anak pertama Joon-Sun (Oh Dae-Hwan) dan anak kedua Ga-Hee (Oh Yoon-Ah) kedua-duanya bercerai dan tinggal bersama ibu bapa mereka. Anak bongsu Da-Hee bergelut sebagai pelatih di sebuah syarikat.

BACA:  Nana & Park Sung Hoon Dalam Gambar Terbaru Drama Rom-Com INTO THE RING

Episod terbaru Once Again akan disiarkan pada 27 Jun ini.

Tinggalkan Balasan

shares