Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Seo Jin Sebagai Wartawan Dalam Gambar Terbaru “Times”

OCN telah melancarkan gambar terbaru drama Times yang menampilkan semangat Lee Seo Jin sebagai seorang wartawan

Times adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

Lee Jin Woo adalah seorang wartawan yang gemar melaporkan mengenai sisi buruk dari pihak berkuasa, dan kepakarannya menyinggung perasaan orang-orang yang berpangkat tinggi dengan kritikan yang memalukan yang mana dia menulisnya tanpa keberatan. Lee Jin Woo tidak akan membiarkan korupsi ditutup, dan dia memenuhi tugasnya sebagai wartawan dengan mendedahkan kebenaran walaupun menjadi duri di banyak pihak. Foto-foto yang baru dilancarkan menggambarkan Lee Jin Woo bekerja dengan penuh semangat dan tegas.

Times dijadualkan tayangan pada Februari 2021. Tonton teaser disini.

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha