Slot Asia

Lee Min Ho Sebagai Maharaja Dalam Gambar Terbaru “The King: Eternal Monarch”

Views

Sempena mempromosikan drama terbaru The King: Eternal Monarch, SBS telah melancarkan gambar terbaru yang memaparkan Lee Min Ho sebagai maharaja yang kacak, bergaya lagi macho. Peminat-peminat drama Korea khususnya Lee Min Ho boleh menatap gambar-gambar tersebut dibawah.

Ditulis oleh Kim Eun Sook (Secret Garden, Descendants of the Sun, Goblin, Mr. Sunshine), The King: Eternal Monarch berkisarkan tentang dua alam semesta yang selari dengan monarki dan demokrasi. Lee Min Ho memainkan peranan sebagai Emperor Lee Gon, yang cuba menutup pintu dua dunia berbeza, manakala Kim Go Eun membawa watak sebagai detektif Jung Tae Eul, yang bekerjasama dengan maharaja untuk melindungi nyawa manusia.

The King: Eternal Monarch akan disiarkan pada April ini, setiap Jumaat dan Sabtu di SBS

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks