Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Min Ho Menjadi Selebriti Korea Pertama Capai 20 Juta Pengikut Instagram & Facebook

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho menjadi selebriti Korea pertama yang mempunyai jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram, iaitu 20 juta pengikut. Pekara tersebut diseahkan agensi Lee Min Ho, MYM Entertainment, yang memuat naik foto aktor itu berserta ucapan tahniah atas pencapaiannya menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Pencapaiannya itu mendapat ucapan tahniah daripada para peminat di seluruh dunia yang sememangnya kagum dengan kejayaan dan aktor tersebut. 

“Lee Min Ho adalah seorang aktor yang hebat, pemenang anugerah dan seorang pemuda baik hati yang sentiasa membantu golongan memerlukan.

“Tak hairanlah jika dia disayangi dan disokong oleh berjuta-juta peminat di serata dunia. Dia memang layak untuk ini,” tulis salah seorang peminatnya dari Filipina.

Setelah menamatkan latihan ketenteraannya tahun lalu, Lee Min Ho kembali mewarnai dunia lakonan menerusi drama The King: Eternal Monarch yang disiarkan baru-baru ini. Untuk rekod, walaupun mula berlakon pada 2003, namun nama Lee Min Ho semakin terkenal setelah dia membintangi drama ikonik Boys Over Flowers pada 2009.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Rating “Royal Secret Agent” Terus Meningkat, Catat Rekod Peribadi

Zulaikha

Gambar-Gambar Lee Ji Hoon & Choi Yoo Hwa Dalam Drama “River Where The Moon Rises”

Zulaikha

7 FAMILY K-DRAMAS YOU CAN ENJOY OVER LUNAR NEW YEAR

Zulaikha

“The Uncanny Counter” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Paling Popular

Zulaikha

“Royal Secret Agent” Terus Kukuh, “She Would Never Know” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Song Joong Ki Bertukar Menjadi Mafia Yang Tiada Perasaan Dalam Drama Terbaru Vincenzo

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating