Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Kwang Soo Berundur Dari “Running Man”

Lee Kwang Soo akan berundur dari rancangan variety popular SBS Running Man. Pekara tersebut didedahkan agensinya Starship dalam satu kenyataan. 

“Lee Kwang Soo akan mengundurkan diri dari ‘Running Man’. Rakaman terakhirnya akan berlangsung pada 24 Mei. Dia kini masih menjalani rawatan pemulihan sejak cedera dari kemalangan tahun lalu, tetapi sukar baginya berada dalam keadaan sempurna semasa rakaman.”

“Setelah perbincangan panjang antara anggota, penerbit, dan agensinya sejak kemalangan itu, diputuskan bahawa dia akan meluangkan sedikit masa untuk menjaga badan dan fikirannya. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana telah mengirimkan begitu banyak perhatian kepada Lee Kwang Soo di ‘Running Man.’ “

Februari lalu, Lee Kwang Soo mengalami kemalangan kereta dan mengalami patah di pergelangan kaki kanannya. Pada waktu itu, dia menjalani pembedahan dan mengambil rehat sebentar dari menyertai rancangan Running Man.

Sumber: Soompi

Related posts

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Zulaikha

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Dua Drama Terbaru, “Bossam: Steal The Fate” & “Dark Hole” Memulakan Episod Pertama Dengan Langkah Kanan

Zulaikha

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

9 K-Drama Yang Akan Ditayangkan Mei Ini

Zulaikha