Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Jung Joon Menggantikan Tempat Mendiang Lee Ji Han Dalam Drama MBC “Kkokdu’s Gye Jeol”


Lee Jung Joon akan mengambil alih peranan mendiang Lee Ji Han dalam drama terbaru MBC. 

Selepas kematian mengejut Lee Ji Han semasa tragedi Itaewon lewat bulan lalu, produksi drama MBC Kkokdu’s Gye Jeol telah menangguhkan penggambaran drama terbaru itu buat sementara waktu bagi memberi penghormatan kepada mendiang. 

Sumber dari MBC berkongsi bahawa pasukan produksi telah menyambung semula penggambaran untuk drama tersebut dan mereka sedang mencari pengganti untuk watak Lee Ji Han. Kemudian hari ini, MBC mengumumkan, “Lee Jung Joon menyertai ‘Kkokdu’s Gye Jeol’ menggantikan mendiang [Lee Ji Han].”

Kkokdu’s Gye Jeol ialah sebuah drama percintaan fantasi yang mengisahkan seorang ‘grim reaper’ bernama Kkokdu (Kim Jung Hyun) yang turun ke dunia ini untuk menghukum manusia setiap 99 tahun. Kkokdu bertemu Han Gye Jeol (Im Soo Hyang), seorang doktor yang mempunyai kebolehan misteri, dan mula bekerja sebagai doktor pelawat.

Mendiang Lee Ji Han sedang menjalani penggambaran watak Jung Yi Deun, bekas teman lelaki Han Gye Jeol dalam drama itu.


Watak Jung Yi Deun kini akan dilakonkan oleh Lee Jung Joon. 

Lee Jung Joon membuat debut lakonan dalam drama KBS Queen for Seven Days, dan sejak itu telah muncul dalam Best Mistake 2, Two Cops, Class of Lies, Kairos, Squid Game dan It’s Beautiful Now. 

Dia kini membintangi drama terbaru SBS Cheer Up.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee