Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards


Lee Jung Jae berjaya menewaskan beberapa pelakon popular Hollywood di Anugerah Persatuan Pengkritik TV Hollywood (HCA) 2022 dengan membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Siri Penstriman, Drama, menerusi prestasi hebatnya dalam siri popular Squid Game, lapor Soompi.

Antara pelakon yang turut tersenarai untuk kategori itu termasuklah Tom Hiddleston (Loki), Gary Oldman (Slow Horses), Adam Scott (Severance), Henry Cavill (The Witcher), Jason Bateman (Ozark), Penn Badgley (You), dan Tom Ellis (Lucifer).

Dalam ucapannya, Lee Jung Jae berkata, “Terima kasih banyak keatas hadiah yang begitu besar. ‘Squid Game’ ialah projek [yang membawa saya] kejayaan yang cukup besar. Saya amat berterima kasih kepada penonton di seluruh dunia kerana menyayangi, menyokong dan menikmati [rancangan].

Saya secara peribadi teruja dengan karier lakonan baharu saya yang akan didedahkan menerusi ‘Squid Game.’ Saya terfikir sendiri bahawa saya harus terus melakukan projek yang menarik dan bermakna pada masa hadapan.

Jae menambah, “Musim 2 ‘Squid Game’ yang akan datang, jadi sila berikan banyak sokongan.


Lee Jung Jae memainkan watak utama Sung Ki Hoon, dan lakonan hebatnnya dalam siri popular itu segera menaikkan namanya di persada global.

Dia menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik pada majlis anugerah utama Amerika termasuk 28th Screen Actors Guild (SAG) Awards, Critics’ Choice Awards, Independent Spirit Awards, dan Critics’ Choice Super Awards.

Dia juga tercalon dalam kategori Pelakon Utama dalam Siri Drama di Anugerah Emmy, yang dikenali sebagai salah satu majlis anugerah paling berprestij.

Lee Jung Jae mengorak langkah besar dalam kerjayanya bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga sebagai pengarah. Filem sulung arahannya, Hunt, telah ditayangkan di Korea Selatan pada 10 Ogos yang lalu. 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee