
Pelakon Lee Jung Jae mungkin menggambil tempat yang ditinggalkan Bae Sung Woo dalam drama Delayed Justice.
Agensi Lee Jung Jae, Artist Company, mengesahkan laporan media tempatan dengan mengatakan, “kami masih lagi dalam rundingan. Belum ada yang diputuskan“
Bae Sung Woo sebelum ini telah menimbulkan kontroversi apabila memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan lesennya digantung. Pada 11 Disember, pasukan produksi mengumumkan pengunduran Bae Sung Woo, dan mendedahkan rancangan baru untuk penggambaran dan penyiaran
Lee Jung Jae dan Bae Sung Woo bekerja dalam agensi yang sama.
Delayed Justice mengisahkan dua lelaki yang mewakili mangsa yang dituduh secara salah. Kwon Sang Woo berperanan sebagai Park Tae Yong, peguambela awam dengan hanya diploma sekolah menengah.
Jika Lee Jung Jae menggantikan tempat Bae Sung Woo, dia akan memainkan peranan sebagai wartawan Park Sam Soo yang kurang pengalaman tetapi berbakat, dan mempunyai kemahiran menulis.