Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Jong Suk, Kim Rae Won, Jung Sang Hoon, & Park Byung Eun Dalam Rundingan Untuk Bintang Filem Aksi Terbaru

Lee Jong Suk, Kim Rae Won, Jung Sang Hoon, & Park Byung Eun dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membintangi filem aksi terbaru. 

Pada 19 Januari, iMBC (via Soompi) melaporkan bahawa Lee Jong Suk akan membintangi filem Decibel (tajuk kerja). Susulan dari laporan itu, agensi Lee Jong Suk, A-MAN Project telah mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan “Lee Jong Suk telah menerima tawaran untuk bintangi ‘Decible’, dan dia secara positif sedang menilinya.”

Decible akan diterbitkan oleh East Dream Synopex, dan filem ini menceritakan tentang sekumpulan individu yang terdiri daripada komander kapal selam, wartawan dan pasukan Pemerintah Sokongan Keselamatan Pertahanan yang cuba menghenti bom yang ditemui di tengah bandar, dan bom tersebut sensitif dengan bunyi.

Pada Disember yang lalu, turut dilaporkan bahawa Kim Rae Won, Jung Sang Hoon, dan Park Byung Eun akan membintangi film ini. Sumber kepada ketiga-tiga pelakon itu mengesahkan bahawa mereka secara positif meneliti tawaran yang diterima.

Kim Rae Won sedang dalam rundingan untuk membawa peranan komandan kapal selam Angkatan Laut, Kang Do Young. Dia adalah tokoh penting yang dikaitkan dengan insiden kapal selam yang menjadi sasaran serangan pengganas. Sekiranya dia menerima tawaran itu, ini akan menjadi filem pertamanya dalam tempoh dua tahun selepas The Most Ordinary Love.

Jung Sang Hoon ditawarkan peranan wartawan yang bersemangat, Oh Dae Oh. Ini juga merupakan filem pertamanya dalam dua tahun selepas Shall We Do It Again.

Park Byung Eun ditawarkan peranan Cha Young Han, yang merupakan anggota Pemerintah Sokongan Keselamatan Pertahanan. Pelakon ini meninggalkan kesan mendalam kepada penonton melalui Bad Police, The Great Battle, llang: The Wolf Brigade, dan The Mayor. 

Lee Jong Suk memulakan karier lakonannya melalui drama 2010 Prosecutor Princess, dan dia mula membintangi drama-drama hit seperti Secret Garden, School 2013, I Hear Your Voice, Doctor Stranger, Pinocchio, W, While You Were Sleeping, dan Romance is a Bonus Book. Dia baru-baru ini kembali dari perkhidmatan tentera, dan pelakon itu juga sedang dalam perbincangan untuk membuat penampilan khas dalam filem The Witch 2 (judul kerja).

Decible akan diarahkan oleh Hwang In Ho, yang sebelum ini pernah terlibat dalam projek Spellbound dan Monster. Penggambaran akan bermula pada musim bunga.

Related posts

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Leave a Comment